Sifat kayu bertinggi rendah, Di sanalah tempat angin lalu; Adat Melayu berhati rendah, Di sanalah tempat beraib malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau tuan pandai menyurat, Suratkan saya di angin lalu; Kalau tuan pandai mengubat, Ubatkan saya hati yang rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Beringin tumbuh di luar pagar, Kompang dipalu bersama teman; Angin lalu udara segar, Tumpang teduh indahnya taman. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Badak tenuk namanya haiwan, Hidup selalu di dalam rimba; Hendak menjenguk terasa segan, Ke angin lalu ku kirim cinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kinabalu gunung mengawan, Makin direnung makin terharu; Kalau rindu pandangkan bulan, Pesan kirim di angin lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bingka diletak dalam talam, Buat jamuan Dato Penghulu; Jika rindu kukirim salam, Kubisik rindu di angin lalu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Cik Ayu apa mimpinya, Mimpi bertemu lengan baju; Kalau kayu sama tingginya, Di mana angin hendak lalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak Keling anak Cina, Ketiga dengan anak Melayu; Jangan belayar angin tak kena, Takut karam tenggelam lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |