Pantun

PantunSumberTema
Tiga ringgit angka lapan, Sebulan tiga puluh hari; Kalau sama kita makan, Kalau tidak sama kita cari.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Dua ratus bilangan angka, Banyaknya habis hingga seribu; Cintaku putus hilanglah muka, Hendak menangis terasa malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bacaan API paras bahaya, Melebihi angka lapan ratus; Tugas memadam jadi terpedaya, Hutan dibakar terus menerus.Pantun Melayu SarawakUmum
Ombak Tsunami datang menyerbu, Tiada kawalan tiada sempadan; Angka kematian beratus ribu, Habis musnah punca kehidupan.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami

Kembali ke atas