| Antara pagi dengan petang, Di sana orang mencari nafkah; Bila kukaji kesalahan abang, Daripada bertunang elok berpisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Orang Acheh menanam padi, Padi tumbuh nampak jarang; Antara kasih dengan budi, Budi juga dikenang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Kuala Johor jangan diduga, Kuala Pekan orang berjudi; Antara tidur dengan jaga, Terasa tuan datang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Ombak di laut meniti buih, Ombak datang dari seberang; Antara budi dengan kasih, Mana satu dikenang orang? | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Berpangkat-pangkat batang kuini, Sekelilingnya puding semata, Di sana takik abang tanggalkan; Kalaulah berangkat abang kini, Antara kening dengan mata, Di situ adik abang tinggalkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |