Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Apa pandang padi paya,
     Tinggi petak dari ruang;
Apa pandang kepada saya,
     Budi tidak bahasa pun kurang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Tak ada padi yang bernas setangkai.

Bermaksud :

Tak ada suatu apa pun yang sempurna semuanya.

 

Lihat selanjutnya...(6)

212

When all fruit fails, welcome haws

Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.

Tiada rotan, akar pun berguna

During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.

Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - tiada rotan, akar pun berguna.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Apa tanda parang berkarat, Besinya rosak mata pun majal; Apa tanda orang beradat, Budinya nampak serta berakal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa lebih kepada belida, Sisik ada tulang pun ada; Tak dak lebih darimu dinda, Bahasa ada rupa pun ada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa pandang padi paya, Tinggi petak dari ruang; Apa pandang kepada saya, Budi tidak bahasa pun kurang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Apa diharap pada padi, Tinggi rumput dari ruang; Apa diharap pada kami, Budi tiada bahasa pun kurang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Apa diharap padi Belanda, Tempat semut buat sarang; Apa diharap pada kakanda, Tiada harta bangsa pun kurang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna baju kebaya, Bertapak batik kain selendang; Apa guna macam saya, Rupa tak cantik pandai pun kurang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa tanda kacang memanjat, Dari tanah terus ke pucuk; Apa tanda orang beradat, Hati rendah laku pun elok.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa tanda si pinang kelat, Bila dimakan terasa malan; Apa tanda orang beradat, Dada beriman laku pun sopan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa guna si padi hampa, Hampa menjadi si hampa layang; Apa ada kepada saya, Bahasa tiada rupa pun kurang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Cincin intan buatan Bugis, Kilau-kilau nampak warnanya; Musim durian buah pun habis, Manggis menumpang apa tandanya?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas