Apa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apa direnung apa dikenang, Kamek dua Pulau Bali; Baranglah nisik jangan dikenang, Baranglah ada menghibur hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna pokok pinang, Daun hijau kuning padi; Apa diingat apa dikenang, Gunung dikejar tidakkan lari. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Apa sebab bulan tak terang, Bulan pega di Tanjung Batik; Apa sebab apa tak datang, Abang pegang muda yang cantik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sirih cina dari China, Apa ditunggu apa dijaga; Saja rupa tidak bena, Di dalam hati tak akan lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baba nyoya membeli kana, Asam kandis asam mempelam; Apa sebab apa punca, Tuan menangis siang dan malam? | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab apa kerana, Minta tolong syariat nabi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Telur penyu di hujung pasir, Ditimba oleh hujan panas; Apa direnung apa difikir, Setegal rindu hati yang panas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Darilah Raib berperahu ke hutan, Lumba pertama si nombor satu; Apa ditangis apa disukakan, Hilanglah lama berganti baru. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa berdebuk seberang pekan, Buli-buli kena jerat; Buah yang mabuk jangan dimakan, Batang berduri jangan dipanjat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |