Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ra] | ارا

Definisi : 1. sj tumbuhan (yg termasuk jenis fikus): ~ akar, ~ batu, ~ buluh, dll; 2. sj tumbuhan (bukan jenis fikus); ~ batu dandi, rumput tahi ayam, selasih, tahi anjing, tambak-tambak jantan, Ageratum conyzoides; ~ bukit pokok perut budak, lindung matahari, perah ikan, Pimeleodendron griffithianum; ~ lumut akar kami; gurah peria(t), tukul takal, Croton caudatum; ~ songsang nyarang songsang, Achyranthus aspera; bagai menanti ~ hanyut prb menanti sesuatu yg mungkin datang tetapi lambat, ataupun yg tidak datang-datang; menanti ~ tidak bergetah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin dapat; pinjam (hutang) kayu ~ prb jikalau meminjamkan wang kpd orang besar jangan diharap akan kembali; tinggi kayu ~ dilangkahi, rendah bilang-bilang diselodoki prb melakukan sesuatu hendaklah menurut patutnya, walaupun kadang-kadang ganjil pd perasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ra] | ارا

Definisi : beberapa jenis pokok, Ficus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ara

Puisi
 

Potong ara potong kelapa,
     Potong mari belakang mati;
Mabuk arak tidak mengapa,
     Mabukkan janda membawa mati.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Bagai ara hanyut.

Bermaksud :

Tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Kayu ara dua secabang, Mati secabang dimakan api; Anak dara dua sekupang, Janda empat segantang padi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Potong ara potong kelapa, Potong mari belakang mati; Mabuk arak tidak mengapa, Mabukkan janda membawa mati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kayu ara di hujung balai, Dituruni bulan puasa; Adinda tuan janganlah lalai, Sudah tua badan binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kayu ara buat apung, Tetak duri tanah bukit; Kalau abang jauh kampung, Mari sini awal sikit.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kait-kait ara muda, Timun mikai dalam padi; Baik-baik bermain muda, Jangan menyesal dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau abang menebang ara, Hendaklah tebang dengan kapak; Kalau abang hendak berkira, Pergi berjumpa ibu dan bapak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau nak tahu ara berbunga, Sirih kuning di celah lantai; Kalau nak tahu syurga dunia, Putih kuning panjang lampai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidak hinggap di pohon ara, Buang sebaris ayat dikarang; Tiada ilmu kira-kira, Wang habis di kocek orang.Pantun Melayu SarawakIlmu
Limpata batang limpata, Kayu ara rimbun di bukit; Bagi abang sungguhlah nyata, Bagi kami lindungi sedikit.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas