Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arus

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai galah di tengah arus.

Bermaksud :

Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Arus deras Laut Bentan, Mati menteri ditikam paduka; Kalau asal permata intan, Jatuh di gelap cahaya jua.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hanyutlah padi dibawa arus, Kerana talinya tidak berikat; Hanyutlah hati nyawa pun putus, Kerana kekasih tak mahu dekat. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tuan belayar menyongsong arus, Dapat bunga tiga sekaki; Kalau tak dapat perempuan kurus, Tidak puas rasanya hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak nyamuk di Tanjung Arus, Rindu dendam di dalam puan; Tubuh gemuk menjadi kurus, Kerana rindu denganmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rebah pancang hanyut perahu, Dibawa arus ke tengah laut; Entah sayang entahkan rindu, Badanku kurus fikiran kalut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak cercap jatuh ke kali, Dibawa arus mati terbuntang; Awak gagap disuruh mangaji, Membaca sebaris hari pun petang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sang seromba ikan serinding, Anting-anting arus berduri; Angin dan ombak mematah beting, Masing-masing membawa diri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sayang tidak berguna lagi, Hujan lebat arus berduri; Saya tidak kempunan lagi, Sudah dicapai di hujung jari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada satu anak Brunei, Cari makan menimba jala; Jangan ikut arus di sungai, Takut terkepung pintu kuala.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas