Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asah

Puisi
 

Asah taji asah golok,
     Buat menyabung ayam kelabu;
Saya janji masak di pokok,
     Kalau ranggah saya tak mahu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Pisau tiada berbaja,
     makin dikilir bertambah tumpul.

Bermaksud :

Orang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Asah-asah tajam kalam, Mari ditulis di kertas Cina; Sungguhpun tetak patah di dalam, Syarat ubat carinya kena.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Asah taji asah golok, Buat menyabung ayam kelabu; Saya janji masak di pokok, Kalau ranggah saya tak mahu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Asah parang tajam-tajam, Hendak menebang pokok berangan; Makanan sekarang bermacam-macam, Ada berat ada ringan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Asah sabit kait kelapa, Anak Cina patah pengandar; Rugi sedikit tidak mengapa, Asalkan bencana dapat dihindar.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Asah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri; Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau tuan mengasah kapak, Asah mari sepagi hari; Saya bawa sirih setepak, Untuk saya ganti diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Awas-awas membeli pisau, Salah asah tangan terluka; Awas-awas pergi merantau, Salah langkah badan celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buruk parang dimakan karat, Sekali asah tidakkan tajam; Buruk orang melupakan adat, Hati pemarah bertindak kejam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas