Anjinglah asap asap berbuku, Anjing menyalak di pintu kota; Lagi tak dapat lagi berguru, Hendaklah sapu arang di muka. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Asap api dari penanggah, Tempat memasak nasi gulai; Tiap hari hati gelisah, Surat kukirim tidak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asap api orang berladang, Nampak dari kuala Siak; Tiap hari kutunggu abang, Sampai kini tiada nampak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asap api nampak bergumpal, Padang kering sudah menyala; Hasrat hati hendak berkenal, Orang berpaling apalah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asap api dari seberang, Dibawa angin ke tengah laut; Hasrat hati memetik kembang, Rupanya kasih tiada bersambut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asap api nampak menjulang, Petang hari barulah reda; Hasrat hati hendak meminang, Orang tak sudi undurlah hamba. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asap api sebelah hulu, Tanda orang membakar ladang; Biar kumati menahan rindu, Daripada hidup dicabar orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asap api embun berderai, Tiba di puntung pecah belah; Niat di hati segan bercerai, Kerana untung takdir Allah, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Asap tinggi ngulung-ngulung, Anak buaya menggonggong bangkai; Harap hati nak memeluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Asap api bergulung-gulung, Anak buaya terlampai-lampai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |