Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asap his

Puisi
 

Asap tinggi ngulung-ngulung,
     Anak buaya menggonggong bangkai;
Harap hati nak memeluk gunung,
     Apakan daya tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Menggantang asap,
     mengukir langit.

Bermaksud :

Memikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(11)

536

There's no smoke without fire

Khabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakap

Kalau tiada api, masakan ada asap

The government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned.

Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tiada api, masakan ada asap, dan orang ramai tetap resah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Anjinglah asap asap berbuku, Anjing menyalak di pintu kota; Lagi tak dapat lagi berguru, Hendaklah sapu arang di muka.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Asap api dari penanggah, Tempat memasak nasi gulai; Tiap hari hati gelisah, Surat kukirim tidak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asap api orang berladang, Nampak dari kuala Siak; Tiap hari kutunggu abang, Sampai kini tiada nampak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asap api nampak bergumpal, Padang kering sudah menyala; Hasrat hati hendak berkenal, Orang berpaling apalah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asap api dari seberang, Dibawa angin ke tengah laut; Hasrat hati memetik kembang, Rupanya kasih tiada bersambut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asap api nampak menjulang, Petang hari barulah reda; Hasrat hati hendak meminang, Orang tak sudi undurlah hamba.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asap api sebelah hulu, Tanda orang membakar ladang; Biar kumati menahan rindu, Daripada hidup dicabar orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asap api embun berderai, Tiba di puntung pecah belah; Niat di hati segan bercerai, Kerana untung takdir Allah,Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Asap tinggi ngulung-ngulung, Anak buaya menggonggong bangkai; Harap hati nak memeluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Asap api bergulung-gulung, Anak buaya terlampai-lampai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
12345

Kembali ke atas