Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atap

Puisi
 

Patah atap kerana buluh,
     Atap dijalin dengan tali;
Patah sayap bertongkat paruh,
     Namun undur pantang sekali.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Air cucuran atap,
     jatuhnya kepelimbahan.

Bermaksud :

Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. pelimbahan = tempat air yang kotor.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Titik atap disambung atap, Atap disisik di dangau padi; Banyak adat perkaralah adat, Adat yang mana setuju di hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Patah atap kerana buluh, Atap dijalin dengan tali; Patah sayap bertongkat paruh, Namun undur pantang sekali.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Jangan dipatahkan atap orang, Mematah atap hujan pun lalu; Jangan dipatah cakap orang, Mematah cakap membuat malu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau buat atap jerami, Jangan lupa atap ijuk; Kalau langit nak timpa bumi, Bolehkah ditahan dengan telunjuk?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Jangan lah naik ke atas atap, Di atas atap kayunya lapuk; Jangan adik terlepas cakap, Terlepas cakap kita beramuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila atap sudah berlubang, Hujan masuk tiada bertahan; Apabila cakap suka temberang, Kawan mengutuk binasa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila atap sudah bocor, Lantai lapuk kelambu basah; Apabila bercakap suka takbur, Perangai buruk malu bersimbah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah minta undur jangan, Badan muda sedang melawan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Tetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah didekat undur jangan, Orang muda segan melawan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Beli atap bawa balik, Ambil timba menuju perigi; Semakin ditatap semakin molek, Termenung hamba menggigit jari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas