Selagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Waktu hujan awan pun gelap, Suntuk langkah dada pun kemak; Mahu berjalan badan berkurap, Duduk di rumah mentua galak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Di waktu panas ketika rembang, Hujan ribut awan dan mega; Penglipur lara penawar bimbang, Ingatan abang tidak dua tiga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Awan mendung tanda kan hujan, Guruh mendayu sayup sampai; Ingin kukunjung wajahmu tuan, Kerana malu janji kuungkai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jatuh ke laut menjadi pulau, Pulau delapan menjadi sembilan; Di dalam kilat adanya kilau, Awan hitam mengandung hujan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Awan berarak sebelah hulu Tanda hujan menjelang petang; Jangan diajak dinda bercumbu, Kita bukan bertunang-lanang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |