| Kalau ayam berkokok pagi, Itu tanda hari nak siang; Sudah jumpa jantung hati, Bulan terang disangka siang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Pagi hari ayam berkokok, Hendak pergi ke Padang Semu; Saya hendak masak di pokok, Masak rendah saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Orang Kesang pergi Merlimau, Dengar suara ayam berkokok; Cik tuan musang saya rimau, Kalau kukejar panjat pokok. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Hilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Orang menjala di tepi pantai, Dengar suara ayam berkokok; Kalau pandai menjaga tupai, Bilakah rosak buah di pokok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Nampak fajar di Selat Sunda, Waktu pagi ayam berkokok; Hijau jangan disangka muda, Sudah lama masak di pokok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Kalau tuan melancar pucuk, Pucuk pakis timbul tenggelam; Dinihari ayam berkokok, Tinggal cadar di atas tilam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Dua kali bayam berpucuk, Labu manis lata-melata; Dua kali ayam berkokok, Hitam manis bercerailah kita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Taruh baja di pangkal pokok, Semai bayam dengan bijinya; Riuh rendah ayam berkokok, Sehari sebiji nampak telurnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Berkokok ayam di lanting, Menyahuti ayam di paya; Makan pinang sirih digunting, Dikepit juga sama suara. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |