Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung yg menyerupai ayam, ayam mei, Gallierex cinerea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayam-ayam

Puisi
 

Ayam denak ayam dani,
     Ayam cempa makanlah padi;
Kalau tiada abang di sini,
     Kamilah rindu sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(149)
Peribahasa

Ayam yang tangkas di gelanggang.

Bermaksud :

Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.

 

Lihat selanjutnya...(118)


Pantun

PantunSumberTema
Ayam-ayam tersipi-sipi, Sambar dek elang tercungap-cungap; Tidur malam termimpi-mimpi, Tidur siang teringat-ingat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam denak ayam dani, Ayam cempa makanlah padi; Kalau tiada abang di sini, Kamilah rindu sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam ini ayam delidau, Kokok mari atas pagar; Kalau tak boleh muda sesurau, Tujuh guru saya belajar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam hitam ayam didik, Petang-petang masuk kampung; Tubuh hitam badannya kecil, Tinggal pengukur mayang nibung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna ayam bertaji, Ayam makan si daun bunga; Dulu kasih sekarang benci, Ilmu siapa adik ni kena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam terungap beranak lapan, Seekor mati dimakan buaya; Sakit mata memandang bulan, Bulan tidak menimbang rasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam terbang dari Setul, Balik makan padi huma; Ayuh abang jangan masyghul, Adik nak balik tak lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam putih berkokok lalu, Daun serbat di dalam padi; Adik putih alang gemalu, Tidak galak di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam hutan terbang ke hutan, Hinggap di tanah mencari makan; Hendak memikat burung di hutan, Burung di sangkar mati tak makan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam hutan terbang ke hutan, Turun ke tanah mencari makan; Kerana digila burung di hutan, Denak di rumah mati tak makan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas