Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yuh] | ايوه

Definisi : sr kata utk menyatakan marilah: ~, lekas pergi! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yuh] | ايوه

Definisi : kata seru utk mengajak; mari(lah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayuh

Puisi
 

Ayuh encik jari bersusun,
     Mengadap raja sehari-hari;
Pandai menjaga buah di kebun,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Ayuh encik ayuh saudara, Cuba-cuba menabur padi; Kalau ada angin utara, Apa kehendak serba jadi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ayuh encik jari bersusun, Mengadap raja sehari-hari; Pandai menjaga buah di kebun, Mana boleh jadi rugi.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Kalau begitu rupanya paya, Ayuh berenang serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Lembu merah tanduk bercabang, Satu tanduk memangku tali; Ayuh adik jangan marah abang, Abang datang nak tentu janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan selangat ikan mungkul, Belah belakang dipanggang hati; Ayuh semangat jangan masyghul, Buang belakang ada ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam terbang dari Setul, Balik makan padi huma; Ayuh abang jangan masyghul, Adik nak balik tak lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Elok manis padang saujana, Adakah limau saya nak tetak? Ayuh adik abang nak tanya, Adakah mahu abang nak mintak?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas