Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yu.hai] | ايوهاي

Definisi : sr 1. kata utk memanggil orang, wahai; 2. kata utk menyatakan rasa duka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yu.hai] | ايوهاي

Definisi : kata seru utk memanggil orang (menyatakan rasa duka, mengingatkan orang dsb): ~ anak muda bestari! Jangan bermain sepanjang hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayuhai

Puisi
 

Kemili sejunjung naik,
     Ambil bemban pahat putarkan;
Ayuhai diri apa tak naik,
     Tikar sudah dibentangkan.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Ayuhai yudin papan yudin, Rapat papan Seri Jawa; Cik Malim terapat dinding, Terapat badan serta nyawa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kemili sejunjung naik, Ambil bemban pahat putarkan; Ayuhai diri apa tak naik, Tikar sudah dibentangkan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur cucuran atap; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kutangkap.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Buah betik dalam dulang, Mari belah tepi telaga; Ayuhai encik kami nak pulang, Mari hantar di anak tangga.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Ayuhai tuan tumpang bertanya, Di dalam hati tidak lepas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan belanak dalam tapisan, Orang membubu di Kuala Dungun; Ayuhai anak ingat pesanan, Kalau jatuh cepatlah bangun.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon getah; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kugetah.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon kandis; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung tunduk menangis.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Laju laju perahuku laju, Tujuan arak ke bangsal hulu; Ayuhai adinda jangan begitu, Hatiku sangat bercampur rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas