Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. angin ribut (yg kuat dan tiba-tiba datangnya), taufan: di tengah laut, kapal itu ditimpa ~; 2. keadaan perasaan (fikiran dsb) yg amat tidak tenteram, keributan, kekacauan: ~ di hatiku masih belum reda; dunia yg penuh ~;membadai 1. bertiup kencang (bkn angin ribut), bertiup spt badai: angin ~ dan ombak pun sebesar-besar rumah tingginya; 2. spt badai, amat sangat: sedu-sedan mereka masih ~ juga; 3. ki menyebabkan perasaan (fikiran dsb) menjadi amat tidak tenteram: duka ~ jiwanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. membuat sesuatu tanpa izin; 2. asal sahaja, hentam kromo, sapu semua; mereka ini ~ semua saja mereka ini sapu semua sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; terbadai tersadai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : angin ribut yg kuat dan datang dgn tiba-tiba; taufan. membadai 1 bertiup dgn kencang (bkn angin ribut); bertiup spt badai: Angin ~ dan laut bergelora. 2 ki spt badai; menjadi sangat hebat: Kemarahannya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badai


Pantun

PantunSumberTema
Sifat perahu menentang badai, Ditimpa badai pantang mengelak; Adat Melayu pantang bertikai, Bila bertikai datanglah balak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Badai ribut melanda bumi, Banyak pohon patah dan tumbang; Andai tercabut cinta ke hati, Turun-temurun ku sumpahi abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila bertiup angin badai, Ombak datang harus berjaga; Apabila hidup ingin terpakai, Kepercayaan orang harus dijaga.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Hampalah padi ditiup badai, Rasanya letih sendi anggota; Hampalah hati hidup meradai, Kerana kekasih jauh di mata. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Perahu Banjar membawa jagung, Badai tiba banyak terbuang; Malu belajar kepala kosong, Sampai tua diperbudak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Perahu Arab berisi jadam, Kena badai rosak tiangnya; Dahulu akrab kini berdendam, Kerana bercerai talak tiga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Lalat buta terbang tinggi, Diamuk badai kepala pening; Beratlah mata memandang bini, Gemuknya bagai gajah bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang memukat pagi dan petang, Menentang badai sudah biasa; Orang beradat berhati lapang, Pantang bertikai sama sebangsa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila berperahu jangan meribut, Kalau ribut datanglah badai; Apabila membantu jangan disebut, Kalau disebut pahala tak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sifat jantan gagah berani, Tiada takut melawan badai; Adat berjalan bertuah negeri, Di mana kusut akan selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas