Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gi] | باݢي

Definisi : apa-apa yg telah ditentukan; untuk: Ayah telah memberikan wang kpd saya ~ membeli buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.gi] | باݢي

Definisi : ; membagi menyebabkan seseorang menerima sesuatu; memberi. membagikan menyerahkan sesuatu kpd; memberikan: Siapa yg ~ wang itu kpd kamu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagi

Puisi
 

Petang-petang bunyi lesung,
     Orang menumbuk padi jawi;
Petang-petang ingat kampung,
     Hendak balik orang tak bagi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Teleng bagi cupak hanyut.

Bermaksud :

Berjalan melonjak-lonjak kerana suka atau sombong.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Berbunyi mercun di tengah pekan, Anak angsa datang menyudu; Bagi racun saya nak makan, Tiada kuasa menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa akal kita ke Bangkalih, Buah kundur belah dua; Apa akal nak bagi boleh, Satu sangkar burungnya dua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ayam si kutik-kutik, Kutik-kutik di bawah tangga; Anak orang jangan diusik, Kalau diusik bagi belanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas