Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baru;membaharui 1. membaiki (melakukan sesuatu, mengubah, dll) supaya sesuatu itu menjadi baharu: jalan itu sudah dibaharui; 2. mengulangi lagi: dia tidak ~ pertanyaannya; 3. memulakan sesuatu semula: rakyat membuka kampung utk ~ hidup masing-masing; 4. menggantikan atau menukarkan (sesuatu) dgn yg baru atau yg mempunyai tempoh kuat kuasa dsb yg baru: pokok ini tidak payah ~ daunnya; ~ lesen memandu;memperbaharu menjadikan sesuatu lebih baharu;kebaharuan sifat-sifat baru, anasir-anasir baru: satu contoh ~nya ialah bahawa ia ada memuatkan petikan-petikan drpd karangan-karangan bahasa Melayu-Indonesia; pembaharuan perihal (perbuatan dll) membaharui: mereka ini hendak membawa satu ~ dlm agama Islam; mereka hanya cenderung kpd isi sehingga yg dimaksudkan oleh mereka sbg ~ ialah ~ isi belaka;pembaharu orang yg membawa pembaharuan: A. Latiff Mohidin merupakan ~ dlm perpuisian Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baharu

Puisi
 

Kelat mata malam berjaga,
     Baharu nak tidur kelambu baru;
Berbau harum bunga cempaka,
     Belum kusolek sudah berbau.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Pulau Pinang Pekan baharu, Tempat Cik Khalid menjadi raja; Bila terkenang masa dahulu, Tunduk menitik air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kelat mata malam berjaga, Baharu nak tidur kelambu baru; Berbau harum bunga cempaka, Belum kusolek sudah berbau.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Johor Bahru jalan bertambak, Tempat anak Raja Temenggung; Bukan baharu saya berkehendak, Memang tatkala ibu mengandung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asap berkepul di Tanjung Batu, Orang berkebun di Kampung Baharu; Jangan adik pergi dahulu, Hati tak tahan menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari ini hari Sabtu, Besok hari Ahad; Pergi sembahyang lima waktu, Baharu nabi mengaku umat.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Turun hujan rintik-rintik, Tumbuh cendawan gelang kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam baharu jadi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Intan dingin isinya dingin, Dingin tidak berbau lagi; Puan ingin tiada ingin, Ingin tiada baharu lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun bayam alaskan senduduk, Nasi terjerang ceduk ke pinggan; Sepantun ayam tidak berinduk, Tampi orang baharu makan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Makan sirih berpinang tidak, Pinang ada di dalam celepa; Pandang ke kiri ke kanan tidak, Baharu kutahu hatiku hampa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas