Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bai/] | باءيق

Definisi : 1 tidak jahat kelakuannya: Embung kanak-kanak yg ~ dan rajin belajar. 2 tidak ada cacatnya; bagus; elok: Jangan dibuang dodol itu kerana masih ~ dan boleh dimakan. 3 pulih drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. 4 tidak sakit; sihat: Kami sekeluarga ~ belaka. 5 kata utk menyatakan bersetuju atau sanggup berbuat sesuatu; ya: “Ali, tolong ambil buku itu!” “~, mak”. baik-baik 1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. berbaik 1 berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2 berdamai kembali (setelah berkelahi): Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. berbaik-baik saling berlaku baik (antara beberapa orang): Kita hendaklah hidup ~ antara satu dgn yg lain. membaiki membetulkan apa-apa yg rosak, salah dsb: Pekerja-pekerja dr Jabatan Kerja Raya sedang ~ jambatan yg roboh. membaikkan membuat supaya baik kembali (bkn kesihatan); menyembuhkan: Ubat ini dpt ~ penyakit anda. memperbaik membuat supaya menjadi lebih baik (bagus, rapi dsb): Setiap orang harus berusaha ~ nasibnya. memperbaiki berbuat baik kpd; melakukan selayaknya kpd: Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. kebaikan 1 perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2 faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. perbaikan 1 hasil memperbaik: ~ kesihatan rakyat; ~ gaji. 2 hal atau keadaan berbaik kembali: Perselisihan antara kedua-dua pihak itu akhirnya mencapai ~ juga. pembaikan hal atau perbuatan membaiki atau membaikkan: Kerja-kerja ~ jalan raya yg rosak itu memerlukan biaya yg banyak. pembaik orang yg kerjanya membaiki sesuatu: Bapa saya bekerja sbg ~ kereta di Syarikat Volvo di Jalan Syed Putra. sebaik 1 sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2 pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. sebaiknya semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik

Puisi
 

Baik-baik menebang jati,
     Biar serpih tumbang jangan;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar terlebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Tak hilang cahaya manikam,
     oleh jatuh ke limbahan sekalipun.

Bermaksud :

Orang yang baik-baik itu biar miskin sekalipun, akan kelihatan juga perangai dan kelakuannya yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(335)


Pantun

PantunSumberTema
Baik-baik berjaja pala, Pala busuk laba berkurang; Baik-baik menjaga nama, Nama buruk dihina orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Baik-baik berjaja ikan, Ikan lepas kita merugi; Baik-baik menjaga iman, Iman lepas binasa hati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Baik-baik berjaja pari, Pari itu ada sengatnya; Baik-baik menjaga janji, Janji itu ada amanatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Baik-baik berjaja pulut, Jangan menjual pulut berantah; Baik-baik menjaga mulut, Jangan berbual mulut memfitnah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Baik-baik menebang pinang, Salah tebang pecah kepala; Baik-baik abang memandang, Salah pandang membawa bala.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baik-baik menebang kayu, Buah kayu banyak bergetah; Baik-baik abang merayu, Salah rayu awak difitnah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baik-baik memanggang ikan, Salah-salah menjadi arang; Baik-baik abang berjalan, Salah langkah hati bercabang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baik-baik menanam benih, Salah kira dimakan rusa; Baik-baik memendam kasih, Salah bawa badan binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baik-baik mengukur kelapa, Salah kukur terkena tangan; Baik-baik menegur hamba, Salah tegur binasa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baik-baik memancang tanah, Salah tempat jadi beramuk; Baik-baik abang bersumpah, Bila khianat mati terkutuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas