Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik sekali

Puisi
 

Orang darat menunggang kuda,
     Kuda ditunggang laju sekali;
Buat baik berpada-pada,
     Buat jahat jangan sekali.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Embacang buruk kulit.

Bermaksud :

Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Naik ke bukit menggali halia, Baik sekali ke tulang belut; Jika jadi dengan adinda, Cik adik bergurau si bulan tutup.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau sekali airrnya surut, Dua kali mudik menongkah; Kalau sekali baik diturut, Dua kali baik ditingkah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Alang-alang dulang, mandi di dulang, Sayang keroncong tali, beri bertali; Alang-alang orang, didengar orang, Baik dilansung sekali, sama sekali.Pantun Melayu SarawakBergendang
Orang darat menunggang kuda, Kuda ditunggang laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Orang Acheh memacu kuda, Kuda dipacu laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Begini baju begitu baju, Air dipotong sayup sekali; Begini malu begitu malu, Baik dilangsung sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tinggi Bukit Siperjulangan, Diharap mari Rajalah Rohani; Amun berbuah alang-alangan, Baik tak usah sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang lalang berputih mata, Tujuh dian bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang kenyalang berbonet bata, Baba Siong menjadi kerani; Alang-alang bertikam mata, Baik dilangsung sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas