Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baiklah

Puisi
 

Baiklah baik berjalan-jalan,
     Kalau takut bawalah teman;
Alangkah merpati berpasang-pasangan,
     Mengapa orang tidak berkawan.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kalau tak bermeriam,
     baiklah diam.

Bermaksud :

Orang yang miskin dan lemah tidak usahlah banyak berangan-angan.

 

Lihat selanjutnya...(14)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Baiklah naik ke Gunung Ledang, Di sana banyak buluh perindu; Adik nan molek sanjungan abang, Bila tak nampak hatiku rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baiklah baik pasang pelita, Pasang pelita tepi jeraya; Baik-baik berpandang mata, Memandang mata membuat dosa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Baiklah baik berjalan-jalan, Kalau takut bawalah teman; Alangkah merpati berpasang-pasangan, Mengapa orang tidak berkawan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Baiklah baik memincang payung, Naik ke lampau memukul gendang; Kalau sudah hatiku hayung, Rugi sedikit mana dipandang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baiklah baik menutuk jati, Biar kurapi menumpang kujangan; Baiklah baik mencari ganti, Untunglah kamu suratan badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari cempedak baiklah nangka, Nangka juga panjang tangkainya; Dari budak baiklah janda, Janda juga banyak akalnya.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Daripada cempedak baiklah nangka, Kerana nangka si panjang tangkai; Pada budak baiklah janda, Kerana janda si panjang akal.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Mari menengok main telantak, Diikat juga dia pulang; Baiklah mahu mari hendak, Mengikut juga tuan pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sakit kaki diajuk duri, Duri mengajuk di tengah padang; Baiklah hati mengenang diri, Dirilah sudah dibuang orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Batu Pahat Sungai Kundur, Tempat tumbuh paku dulang; Kalau jahat baiklah undur, Jangan menyakit hati orang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas