Baju kurung pakaian asli, Turun-temurun bangsa Melayu; Lagi cantik bertambah seri, Dipandang lama rasa tak jemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cantik memakai baju kurung, Pakai tudung kain sarung; Asyik mengenang nasib untung, Diri terkurung umpama burung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau niat berkain pelekat, Jangan membeli baju kurung; Kalau niat memimpin rakyat, Jangan sekali berlaku sombong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Cik Yam duduk di pintu, Sambil menjahit baju kurung; Sahabat diam memang begitu, Macam gunting makan di hujung. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Cantik semacam anak patung, Baju merah baju kurung; Nasib berniaga kalau mahu untung, Modal sedikit jadi sekarung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Pagi memberi makan burung, Burung pipit makan di kandang; Berseri memakai baju kurung, Tambah cantik memakai selendang, | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |