Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bajunya

Puisi
 

Kain genggang bajunya putih,
     Jahit mari gigi belalang;
Sejak terpandang hatinya kasih,
     Tidak peduli nyawa hilang.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Kain genggang bajunya putih, Jahit mari gigi belalang; Sejak terpandang hatinya kasih, Tidak peduli nyawa hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Elok kain kerana bajunya, Elok baju kerana bertekat; Elok pemimpin kerana lakunya, Elok laku kerana beradat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Batik beragi dibuat baju, Bajunya tahan berbasah kering; Adik berjanji taat menunggu, Baru sebulan sudah berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa guna berpakaian batik, Kalau bajunya bercorak hitam; Apa guna berwajah cantik, Kalau hatinya tidak tenteram.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau niat berkain pelekat, Siapkan kopiah dengan bajunya; Kalau niat memimpin rakyat Bersikap ramah jangan aniaya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apa guna membeli kain, Bila tidak ada bajunya; Apa guna berjanji kahwin, Bila tidak ada jodohnya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang disebut berkain baju, Kain dipakai dengan bajunya; Orang berebut menjadi hantu, Kahwin cerai tak ada malunya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Untuk apa berkain cita, Kalau tidak ada bajunya; Untuk apa bermain cinta, Kalau tidak ada jodohnya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Nasi lemak gulai udang, Tiga dengan gulai pari; Bajunya kot songketnya gadang, Hilang di mata mana nak cari.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Dayang Lamit bertudung merah, Dibeli di kedai Jawa; Panjang damit bajunya merah, Di sana tempat terbuang nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas