| Hutan rimba sudah diredah, Ada balak orang yang punya; Kalau berkawan penagih dadah, Tidak menagih terkena jarumnya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Adapun niat yang diniatkan, Musibah jangan menjadi balak; Adapun adat yang diadatkan, Dirubah jangan menyalahi syarak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Jika dayung tidak kuat, Dibawa belayar tidak berguna; Jika kampung tidak beradat, Celakanya besar balak menimpa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Orang beradat hemat dan cermat, Bijak menghitung laba dan rugi; Membuang adat umat kiamat, Balak menuntung menimpa negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kata tua kata merendah, Walau merendah pantang diinjak; Hina bangsa kerana serakah, Kalau serakah datanglah balak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sifat perahu menentang badai, Ditimpa badai pantang mengelak; Adat Melayu pantang bertikai, Bila bertikai datanglah balak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kalau berjaja piring mangkuk, Lambat menyusun kena pijak; Kalau bekerja sering merajuk, Lambat-laun ditimpa balak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |