Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp kerap melakukan perkara yg sama: ~ dia lakukan lagi perbuatan terkutuk itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balik-balik

Puisi
 

Petang hari tanam keladi,
     Daun keladi balik-balik;
Hamba pergi bawa diri,
     Tinggallah duduk berbaik-baik.


Lihat selanjutnya...(126)
Peribahasa

Menyuruk (menyorok) di balik lumbung.

Bermaksud :

Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengendap di balik lalang sehelai, b. Menyuruk (menyorok) di balik lalang sehelai).

 

Lihat selanjutnya...(31)


Pantun

PantunSumberTema
Daun si balik-balik angin, Kan bagesu jo dulang-dulang; Kok diram di bukit anak berangin, Tidak terkenang berbalik pulang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Petang hari tanam keladi, Daun keladi balik-balik; Hamba pergi bawa diri, Tinggallah duduk berbaik-baik.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Apabila kaki tak baik-baik, Dengan segera carilah ubat; Apabila laki tak balik-balik, Jangan mudah bersangka jahat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Balik sana muda derdap, Perahu ada galah tiada; Laksana bunga dedap, Merah ada baunya tiada.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Balik sana ruang mengkipan, Makan nasi berulam pauh; Laksana ayam di tambatan, Putus tali terbang jauh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Wayang balik pintu, Kain balik dinding; Pinang anak datu, Jatuh pelepah belimbing.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pisang emas balik rumah, Daun keladi dibalik-balik; Minta maaf tuan rumah, Esok pagi saya nak balik.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Serak dagang bertali-tali, Putik nangka bertupa-tupa; Abang balik sekali lagi, Bawa balik bunga cempaka.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau balik merendam selasih, Pantang merendam biji labu; Kalaulah adik memendam kasih, Abang pun karam menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sekali balik balam ke tingkap, Bertenggek sambil bergantungan; Hati nan fasik bawalah mengucap, Kelak badan kan bertanggungan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345678910...

Kembali ke atas