Berkata kena-mengena, Baling-baling dalam negeri; Bertunda kasih kita ke sana, Berpaling kasih kita ke mari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ada satu anak Brunei, Suka bermain baling-baling; Seekor lang seekor punai, Cuba buangkan bisa di daging. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kacip baling ke bulan, Bintang tidak meninggi hari; Saya ke mari menghadap tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apa tanda baling putat, Buahnya kecil bersegi-segi; Apa tanda orang beradat, Pada yang adil ia berdiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa tanda baling tersumbat, Bila dituang isi tak tumpah; Apa tanda orang beradat, Berdada lapang hatinya rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pohon kapas dibaling-baling, Tersangkut kaca koyak seluar; Melintas dara sambil menjeling, Terbeliak mata macam nak keluar. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Apa kebil pisang memandak, Pisang baling banyak lagi; Apa kebil orang tak ndak, Orang lain banyak lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa dikutip pisang memandak, Pisang baling banyak lagi; Apa dikutip saya tak hendak, Orang lain banyak lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |