Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandar

Puisi
 

Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang,
     Hendak bersafar ke Tanjung Keling;
Kalau semua orang berambut panjang,
     Apatah hal nasib si tukang gunting?


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Upah lalu,
     bandar tak masuk.

Bermaksud :

Tidak mendatangkan hasil sedikit juga, melainkan kerugian semata-mata.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Orang bandar bersanggul dua, Orang barat bersanggul lintang; Alangkah baik berbini tua, Perut kenyang pengajaran datang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang, Hendak bersafar ke Tanjung Keling; Kalau semua orang berambut panjang, Apatah hal nasib si tukang gunting?Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Singapura bandar baru, Kapten Light jadi raja; Bunga melur cempaka biru, Kembang sekuntum di mulut naga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau jeruju bandar Siam, Siang-sianglah kok padi; Kalau beralih tempat diam, Ulang-ulang mandi kini.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Darilah pauh bandar mendatang, Tetaklah sampan pancung kemudi; Darilah jauh tuan datang, Kerana tuan hadir di sini.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bunyi guruh bandar Rani, Selasih di dalam puan; Saya nak nyuruh tidak berani, Hati berani kepada tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Singgah juga di Bandar Miri, Di jalan raya berjual ragi; Kelak dikenang di belakang hari, Budaya kita dijulang tinggi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Dari Mukah ke Bandar Miri, Baca akhbar baca cerita; Lama sudah abang pergi; Tidak khabar tidak berita.Pantun Melayu SarawakKasih
Hilir mudik ke bandar raja, Raja ada di Pasir Panjang; Cantik molek manakan ada, Sedang elok pertimbangan abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Titi jalan mati, Titi Bandar Miri; Syaitan puas hati, Musnah anak negeri.Pantun Melayu SarawakBudaya
12

Kembali ke atas