Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.kai] | بڠکاي

Definisi : 1. binatang yg sudah mati: ~ kucing; 2. bk mayat manusia: ~ Hang Jebat; ~ bernyawa ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga, masyarakat dsb, mayat hidup; b) seseorang yg tidak dipedulikan dan dipandang hina oleh keluarga: akhirnya dia tidak sanggup lagi menjadi ~ bernyawa dlm keluarga mereka; 3. ki sesuatu yg telah tua dan rosak: ~ kereta; ~ gajah bolehkah ditudung oleh nyiru prb kejahatan yg besar itu tidak dapat disembunyikan; ada ~ adalah hering prb di mana ada perempuan jahat tentu ada lakilaki yg jahat pula; menjemur ~ ke atas (ke puncak) bukit prb mengaibkan diri sendiri;pebangkai (Bio) binatang yg memakan bangkai binatang lain atau bahan organik yg reput (mis burung reng, dubuk, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.kai] | بڠکاي

Definisi : 1 tubuh binatang yg telah mati. 2 barang-barang yg sudah rosak dan tidak dpt dibaiki lagi: ~ kereta; ~ kapal. ~ bernyawa ki orang yg terlalu kurus. pebangkai ist binatang yg memakan bangkai atau bahan organik yg reput (mis burung reng). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangkai

Puisi
 

Anak buaya pergi bertenung,
     Singgah ke lubuk memakan bangkai;
Hendak hati memeluk gunung,
     Gunung dipeluk tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru?

Bermaksud :

Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Pantun

PantunSumberTema
Anak kerbau mati lemas, Bangkai tersangkut di Kampung Baru; Cina Bau mendulang emas, Lombong emas di Tasik Biru.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Asap tinggi ngulung-ngulung, Anak buaya menggonggong bangkai; Harap hati nak memeluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak buaya pergi bertenung, Singgah ke lubuk memakan bangkai; Hendak hati memeluk gunung, Gunung dipeluk tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Terang bulan bagai nak siang, Buaya timbul memakan bangkai; Kerana tuan dikasih orang, Hendak menumpang menghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sampan nadi dibantai taufan, Ombak melanda pengayuh patah; Badan seperti bangkai berjalan, Nampak betina meleleh ludah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang pemukat pandai menjala, Cukup banyak mendapat rezeki; Abang ibarat bangkai bernyawa, Hidup pun tidak berguna lagi. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Azan tersendar sayup sampai, Disahut orang hulu dan hilir; Badan terkapar jadi bangkai; Janji ku pegang tiada mungkir.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah limau dari seberang, Makanan bijirin sepanjang hayat; Bumi hijau menjadi padang, Padang bangkai padang mayat.Pantun Melayu SarawakAgama
Sayang pinang buahnya tinggi, Hendak kuambil tiada sampai; Kupandang abang ketika mandi, Bagaikan buaya menanti bangkai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak limau disimpai rotan, Banyaklah macan dimakan tupai; Sejak harimau menjadi sultan, Banyaklah orang nan makan bangkai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas