| Biarlah orang merendang angsa, Kita merendang itik serati; Biarlah orang memandang bangsa, Kita memandang nan baik hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kata tua kata bersindir, Menyindir orang tidak beradat; Hina bangsa kerana pandir, Orang pandir tidak bermartabat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang orang tak hendak; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang terbuang akhlak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu pantang berkeras, Keras dan paksa sifatnya syaitan; Jahatlah laku orang pemeras, Memeras bangsa dilaknat Tuhan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Orang beradat tahukan diri, Di mana tegak sifat senonoh; Membuang adat memalukan negeri, Bangsa rosak umat bergaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Orang beradat berlaku adil, Menyukat menimbang sesama banyak; Membuang adat laku kan jahil, Umat berperang bangsa pun rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Baju biru orang dewasa, Baju dipakai menerima kurnia; Melayu terbilang gagah perkasa, nama terjulang di seluruh dunia. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Buku tebu dibelah-belah, Hidangan manis orang Cina; Buka buku baca sejarah, Adakah tertulis Melayu terhina? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Dang Aisah Tandang Sari, Asal keturunan orang bangsawan; Aman makmur seanak Negeri, Pedagang datang hari tertawan. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Kacang hijau kacang merah, Ditanam orang di lereng bukit; George Chan segera diberi anugerah, Anugerah teringgi dari Kelabit. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |