Perahu Banjar belayar malam, Di sana sini berjaja gula; Malu besar muka pun lebam, Meraba bini teraba mentua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Perahu Banjar membawa jagung, Badai tiba banyak terbuang; Malu belajar kepala kosong, Sampai tua diperbudak orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau menampi berbanjar-banjar, Kalau mendekut bergalah-galah; Kalau berani pada yang benar, Kalau takut pada yang salah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Senyap sunyi orang di banjar, Kerana hari dah larut malam; Harap menanti abang belayar, Sampai kini masih kupendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat udang dibuat bekal, Untuk dimakan di banjar lading; Teringat abang hatiku kesal, Kerana berjalan lama tak pulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Baju hitam berketam halus, Mari tersangkut di alang panjang; Tubuh adik nan hitam halus, Seri gemala banjar yang halus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |