Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tal.ban.tal] | بنتل٢

Definisi : 1. benda yg menyerupai bantal; 2. bantal kecil tempat jarum (peniti dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantal-bantal

Puisi
 

Tirai perak kelambu perak,
     Bantal emas tikar suasa;
Bercerai kasih bertemu tidak,
     Jauh bergantung di atas udara.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Belilah tikar berserta bantal, Untuk dibentang di dalam pondok; Hati berdebar bercampur kesal, Menengok abang diam merajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalaulah cukup tikar bantal, Terasa kantuk tidakkan susah; Kalaulah hidup sabar tawakal, Di mana duduk takkan gelisah. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah cukup tikar bantal, Hendak tidur tiadalah payah; Kalaulah hidup sabar tawakal., Banyak bersyukur kepada Allah. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tirai perak kelambu perak, Bantal emas tikar suasa; Bercerai kasih bertemu tidak, Jauh bergantung di atas udara.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Rambut hitam berkilat-kilat, Jatuh ke bantal berlipat-lipat; Tuan laksana air yang lebat, Minum sedikit menjadi ubat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Waktu menteri berdagang tilam, Para datuknya membuat bantal; Pilulah hati memandang imam, Kerana nyanyuk ayat tertinggal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lalang menjadi semak, Semak menyemak di bantal orang; Sungguh malang bini memepak Anaknya besar menjadi seteru.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lalang menjadi semak, Semak menyemak di bantal orang; Sungguh malang bini memepak Anak berserak bagai terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345

Kembali ke atas