Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nya/] | باڽق

Definisi : 1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(160)


Pantun

PantunSumberTema
Banyak-banyak gula kuragi, Tidaklah sama bunga paku; Banyak-banyak tempat kupergi, Tidaklah sama si Jongok Batu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Banyak-banyak bintang tinggi, Ada sebiji bintang tembaga; Banyak-banyak orang di sini, Ada seorang berkenan di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak-banyak membuat jermal, Jermal dibuat di tempat dangkal; Banyak-banyak membuat amal, Amal ibadat menjadi bekal.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak-banyak kerbau di padang, Memakan rumput di tepi telaga; Banyak-banyak orang kupandang, Ada seorang permainan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lebat pisang buahnya banyak, Banyak pula isi sikatnya; Adat dibilang faedahnya banyak, Banyak pula kaji tersiratnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tumbuh betung di tepi semak, Di tepi semak banyak onaknya; Sungguh untung berbini banyak, Bini banyak banyak bengaknya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Keris sempena ganja menampang, Pakaian anak raja Melayu; Banyak-banyak pergi berdagang, Bencana banyak mendaun kayu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Banyak-banyak telur merbuk, Tidaklah sama telur merpati; Banyak mabuk perkara mabuk, Mabuk yang mana sakit sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak-banyak kera di bukit, Ada seekor lutung mawa; Kalau banyak ringgit di poket, Kawan tak biasa tegur nama.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bila berkasih nyenyak, tidur tak nyenyak, Pengat labu bapa, lah untuk bapa; Terima kasih banyak, lah banyak-banyak, Ingatkan saya lupa, orang yang lupa.Pantun Melayu SarawakBergendang
12345678910...

Kembali ke atas