Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak air

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Siamang rabun katak melompat;
Bubu dipasang merata tempat,
     Air banyak susah nak dapat.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Haruslah air disauk,
     dan ranting dipatah;
lama hidup banyak merasa,
     jauh berjalan banyak dilihat.

Bermaksud :

Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Satu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah mahu dapat.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Satu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah nak dapat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dalam pasu air susu, Buat gadis mencuci muka; Banyak tiru banyak palsu, Mulut manis hati bercuka.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Selat Teberau air jernih, Banyak mengail ikan gelama; Pura-pura menumpang kasih, Kenangan kita selama-lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air pasang matahari masuk, Banyak orang jual berangan; Jerat dipasang burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air hangat telaga mendidih, Banyak orang hilang keramat; Hemat-hemat lagu nak boleh, Tengok adik jinak sangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air redang berwarna merah Kerana banyak akar yang mati; Biarpun mati bersimbah darah, Kasihku tidak akan berhenti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Air jernih ikannya jinak, Bila mandi bertambah segar; Hati bersih kawan pun banyak, Ke mana pergi tuahnya besar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Banyak biji buah nangkaku, Intan permata jatuh di lubang; Dendam rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air cetek mencuci baju, Bangun siang menidur anak; Lama ditinggal ingatkan satu, Jangan tak hibur oranglah banyak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas