Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bapak

Puisi
 

Secupak dua cupak,
     Empat cupak jadi segantang;
Kalau tak dengar cakap mak bapak,
     Kaki lima badan seorang.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Patuh Melayu kepada bapak, Bapa alim anak bertuah; Senonoh laku sempurna tegak, Bagaikan kayu banyak berbuah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat anak ke ibu bapak, Hidup dan mati ia muliakan; Adat tegak tuahnya nampak, Hidup berbudi mati beriman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat anak ke ibu bapak, Amanah dipegang pesan diikut; Adat tegak tuahnya nampak, Ke mana melenggang tiada sangkut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat anak ke ibu bapak, Jasa dibalas budi dikenang; Adat tegak tuahnya nampak, Bekerja ikhlas hati penyayang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat anak ke ibu bapak, Patuh tidak berbelah bagi; Adat tegak tuahnya nampak, Senonoh akhlak sempurna budi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat anak ke ibu bapak, Pantang sekali berlaku kasar; Adat tegak tuahnya nampak, Lapang hati malu bertengkar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Hilang kapak di dalam padi, Hilang dilamun para-para; Hilang bapak boleh diganti, Hilang ibu amat bicara.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Apabila kerja berjaja kapak, Tentulah bersama batu asahnya; Apabila setia menjaga bapak, Tentu Allah memberi kurnia-Nya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Siapa suka bermain ombak, Lambat-laun pastilah karam; Siapa melupakan ibu bapak, Laknat turun mati direjam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau luka terlalu banyak, Darah keluar payah berhenti; Kalau derhaka ke ibu bapak, Dosanya besar Allah pun benci.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
1234

Kembali ke atas