Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.si.kal] | باسيکل

Definisi : sj kenderaan beroda dua yg ditunggang dgn mengayuh pedalnya;berbasikal menunggang basikal: budak itu ~ ke sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.si.kal] | باسيکل

Definisi : sj kenderaan beroda dua serta berpedal dan dpt ditunggang. berbasikal 1 mempunyai basikal. 2 menaiki atau menunggang basikal: Arif ~ ke sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basikal

Puisi
 

Kalau tuan gatih basikal,
     Buah berangan dimasak kari;
Kalau tuan kasih kekal,
     Sapu tangan campak ke mari.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

425

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hati hendak semua jadi

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hati hendak semua jadi. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Basikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Katuh basikal berdua-dua, Susuk keris besi waja; Hebih berita tentang Pak Tua, Masuk mahkamah merogol remaja.Pantun Melayu SarawakNasihat
Budak-budak bermain basikal, Jatuh kerana terlanggar pedati; Hendaklah tabah hendaklah cekal, Hingga sampai hajat di hati.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau tuan gatih basikal, Buah berangan dimasak kari; Kalau tuan kasih kekal, Sapu tangan campak ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bermain-main berjalan-jalan, Naik basikal berkawan-kawan; Mula berdagang kecil-kecilan, Menempah nama jadi jutawan.Pantun Melayu SarawakBerniaga

Kembali ke atas