Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.suh] | باسوه

Definisi : cuci, kumbah: air basuh tangan; naik basuh kaki = tak payah basuh kaki tangan prb mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan senang;membasuh 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: basuh kain; basuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: basuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku basuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: basuh orang yang antiperpaduan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.suh] | باسوه

Definisi : ; membasuh membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. basuhan apa-apa yg dibasuh. pembasuhan perbuatan atau hal membasuh. pembasuh 1 orang yg membasuh; pencuci: Dahulu saya pernah menjadi ~ kain baju orang. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membasuh. ~ mulut sesuatu yg dihidangkan selepas makan nasi dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basuh

Puisi
 

Kain batik selendang batik,
     Basuh tikar di atas batas;
Adik cantik abang pun cantik,
     Bagai dakwat dengan kertas.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Licin bagai basuh perahu.

Bermaksud :

Menderita kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Basuh baju di awal pagi, Hendak cepat pergi ke Hulu; Wahai pemburu ke mana pergi, Hutan luas kijang tak lalu.Pantun Melayu SarawakNasib
Basuh periuk jemur ditungging, Nampak hitam seperti arang; Ikut hakim memiat daging, Sakit di awak sakit di orang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kain putih masih basuh, Letak jangan tempat beradu; Kelau berkasih resah gelisah, Tidak terasa manisnya madu.Pantun Melayu SarawakKasih
Pagi-pagi sudah membasuh, Basuh baju kain kasa; Lagi kecil dididik diasuh, Besar nanti berbuat jasa.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kain batik selendang batik, Basuh tikar di atas batas; Adik cantik abang pun cantik, Bagai dakwat dengan kertas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada setempat dalam padi, Kain kasa dalam taman; Tak ralat dalam hati, Kain basuh sambutlah tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas