Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawang

Puisi
 

Bawang dibeli di kedai Cina,
     Cina apek di kedai kopi;
Adik ikut barang ke mana,
     Adik hendak bersama mati.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Raga berisi bunga bawang, Bawang Bali di kedai Cina; Hati adik sudah tertawan, Ikut abang barang ke mana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bawang putih dibuat rempah, Supaya perisa makanan orang; Abang kupilih taat bersumpah, Kiranya lidah suka bercabang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bawang dibeli di kedai Cina, Cina apek di kedai kopi; Adik ikut barang ke mana, Adik hendak bersama mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau semanggar rumpun bawang, Pagar berbuah berlapi-lapis; Kalau mendengar cakap orang, Dengarkan dahulu habis-habis.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan menggali buah bawang, Cari dahulu buah kemiri; Jangan mencari salah orang, Carilah dahulu salah sendiri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Budak-budak kupas bawang, Taruh mari di dalam mangkuk; Jangan bawa resmi keluang, Tak boleh tengok buah di pokok.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Makan nasi berulam bawang, Makan halia tiga hiris; Besar mana nak meminang orang, Air disiram haram tak tiris.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi ke teluk membeli bawang, Lada muda di perca kain; Saya tak takut ditinggal abang, Badan muda mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi selat bulan lima, Beli bawang dua sepuluh; Saya berhajat sudah lama, Tiada tempat saya menyuruh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi ke selat bulan lima, Beli bawang dua sepuluh; Saya berhajat sudahlah lama, Tiada orang hendak disuruh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas