Pergi ke pasar membeli bayam, Bayam ada bercampur kangkung; Jangan diturut resmi ayam, Belum bertelur riuh sekampung. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Habis bayam disusur babi, Banyak mati terkena damak; Ayam jangan bebaskan diri, Biawak tunggu di tepi semak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Daun bayam alaskan senduduk, Nasi terjerang ceduk ke pinggan; Sepantun ayam tidak berinduk, Tampi orang baharu makan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pucuk bayam pucuk meranti, Pucuk mengkira di dalam dulang; Kokok ayam abang tak henti, Murai membaca turunlah pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dua kali bayam berpucuk, Labu manis lata-melata; Dua kali ayam berkokok, Hitam manis bercerailah kita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Waktu datuk membeli bayam, Di pasar ramai orang keluar; Barukan duduk memberi salam, Seluar terburai orang pun bubar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pandai-pandai bertanam bayam, Carilah batang pengganti buluh; Pandai-pandai berjalan malam, Carilah bintang pengganti suluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Putus bersambung engkau bayam, Pandan tidak berduri lagi; Putus bersambung engkau malam, Badan bercerai tidak lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jangan berpucuk sayur bayam, Boleh dimakan dengan keladi; Jangan berkokok engkau ayam, Boleh diupah segantang padi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Orang Daik bertanam bayam, Baik lagi bertanam pegaga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |