| Pokok terap dipukul bayu, Bayu sampai ke kota raja; Sudahlah adat kita Melayu, Pandai berpantun berguraulah senda. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat | 
			
				| Liuk longlai dipupuk bayu, Bayu sampai ke taman raja; Kalaulah bunga mematah layu, Kumbang yang mana datang memuja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta | 
			
				| Seri Bayu namanya cerita, Cerita lagenda pari-pari; Seru kepada rakyat jelata, Mesti pintar bijak bestari. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa | 
			
				| Sejuk bayu di kala senja, Ramah membelai si anak dara; Pujuk rayu makan semeja, Tanah digadai faedah dikira. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib | 
			
				| Puput bayu Seri Ledan, Tengah bermain disambar helang; Terlucut baju dari badan, Terhurai kain dari pinggang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat | 
			
				| Pasir Mak Bayu pukul diribut, Lumba-lumba bermain angin; Pohon kekasih seumur hidup, Perintah Belanda belayar angin. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta | 
			
				| Belah permatang mengalir pergi, Pasir Mak Bayu dipukul ribut; Sembahlah datang salam ke mari, Pohon kasih seumur hidup. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta | 
			
				| Apa diharap padi rendang, Daun berombak ditiup bayu; Apa diharap budinya orang, Tidak sama budinya ibu. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi | 
			
				| Tiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |