Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl angin yg bertiup perlahan-lahan dan lembut; balai ~ balai peranginan; dipuput ~ ditiup bayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayu I

Puisi
 

Liuk longlai dipupuk bayu,
     Bayu sampai ke taman raja;
Kalaulah bunga mematah layu,
     Kumbang yang mana datang memuja.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Pokok terap dipukul bayu, Bayu sampai ke kota raja; Sudahlah adat kita Melayu, Pandai berpantun berguraulah senda.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Liuk longlai dipupuk bayu, Bayu sampai ke taman raja; Kalaulah bunga mematah layu, Kumbang yang mana datang memuja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Seri Bayu namanya cerita, Cerita lagenda pari-pari; Seru kepada rakyat jelata, Mesti pintar bijak bestari.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Sejuk bayu di kala senja, Ramah membelai si anak dara; Pujuk rayu makan semeja, Tanah digadai faedah dikira.Pantun Melayu SarawakNasib
Puput bayu Seri Ledan, Tengah bermain disambar helang; Terlucut baju dari badan, Terhurai kain dari pinggang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pasir Mak Bayu pukul diribut, Lumba-lumba bermain angin; Pohon kekasih seumur hidup, Perintah Belanda belayar angin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Belah permatang mengalir pergi, Pasir Mak Bayu dipukul ribut; Sembahlah datang salam ke mari, Pohon kasih seumur hidup.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa diharap padi rendang, Daun berombak ditiup bayu; Apa diharap budinya orang, Tidak sama budinya ibu.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas