Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.bal] | ببل

Definisi : tumpul otak, bodoh; salah ~ bermacam-macam kesalahan; bebalan perbuatan (sikap) bebal;kebebalan kebodohan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.bal] | ببل

Definisi : bodoh. kebebalan keadaan atau sifat bebal; kebodohan; kedunguan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebal


Pantun

PantunSumberTema
Yang tinggal biarlah tinggal, Supaya dapat ditinggal pergi; Orang bebal biarlah bebal, Supaya dapat dijual beli.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang bebal suka merengus, Dia bercakap tidak berfaedah; Belum pandai membuang hingus, Sudah hendak bertikam lidah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dari kapal mencari air, Buat bertanak bekal pulang; Laki bebal bini pun pandir, Dapat anak bingung alang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak buntal bergapai-gapai, Bila pasang berhanyut-hanyut; Awal bebal memandai-mandai, Ditanya orang terkentu-kentut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Padang pasir debunya tebal, Berjalan kaki pastilah lenjin; Orang pandir tentulah bebal, Jangan sekali jadi pemimpin.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana lotong takkan berang, Anak ditinggal jatuh berdebin; Bagaimana hidung takkan kembang, Awak bebal menjadi pemimpin.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang beradat berhati tabah, Kepada Allah selalu tawakal; Membuang adat keji bertambah, Kerja menyalah laku pun bebal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas