Bukan mudah orang berhelat, Belanja cukup adat pun tahu; Bukan mudah memegang adat, Selama hidup mengingat malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ramai orang di tengah pasar, Mahu belanja barangnya cukup; Pandai orang kerana belajar, Ilmunya ada senanglah hidup. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Elok belat dapatlah ikan, Dapat dijual penambah belanja; Elok adat selamatlah badan, Taat beramai tabah bekerja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Hari minggu jalan ke pasar, Di sana belanja membeli udang; Hatiku pilu rasa terbakar, Bunga kupuja dipetik orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang berumur kamek jeramek, Saja dinding beri belanja; Apa dicemas kepada kamek, Hidup miskin kurang berharta. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kuala Jengal pasir melayang, Nampak dari Teluk Belanja; Saya sungguh berasa sayang, Di situ tempat hendak bermanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tiak-tiak orang berinai, Orang berinai merah di jari; Saya tak ada belanja tunai, Kami datang menyerah diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai hutan seberang; Kecil-kecil hendak berbini, Apa belanja kulit kerang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai ke hutan seberang; Kecillah kecil hendak berlaki, Apa belanja sekulit kerang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Mangkuk berisi bunga pinang; Hendak masuk kuberi masuk, Hendak masuk belanja tunang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |