Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj perkakas utk menangkap binatang dan biasanya dibuat drpd tali dan pembidas (kalau binatang itu tersentuh tali ia akan terkena tombak, peluru atau jerat); ~ batang belantik yg dibuat drpd buluh yg dilubangkan di samping; ~ bidas = ~ embat = ~ terbang belantik yg menjerat kaki binatang; ~ pangkung belantik yg menyebabkan binatang kena pukul di kepala; ~ parak = ~ parap = ~ paut belantik yg menyebabkan binatang terkena tombak; ~ pesawat belantik yg menyebabkan binatang kena peluru senapang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belantik I

Puisi
 

Riang-riang memanjat pagar,
     Anak kura kena belantik;
Hari siang abang tak sedar,
     Saya tidur dua beradik.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Sarang penyengat perdu mengkuang, Awa-awa kena belantik; Jika ditengok oleh orang, Buat pura dua beradik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Riang-riang memanjat pagar, Anak kura kena belantik; Hari siang abang tak sedar, Saya tidur dua beradik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak raja memburu rusa, Tahan serinding dengan belantik; Adik tak hendak terima saya, Kerana saya orang tak cantik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak perawan manis dan cantik, Kena pula merah bibirnya; Matilah kuman kena belantik, Sekalian alam limpah darahnya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas