| Belayar dari Mengurung, Patah tiang layang-layangan; Sudah mendapat bunga tempisung, Akan dibuang sayang-sayangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Anak saudagar pergi berdagang, Tumpang belayar perahu Melayu; Kapal belayar muatan kurang, Kena gelombang tenggelam lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Adat belayar menanti angin, Tidak berangin tidakkan sampai; Adat pembesar berhati dingin, Tidak dingin banyak bertikai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kapal belayar tengah lautan, Tenggelam timbul pukul taufan; Datang ribut barat selatan, Belum saya buang muatan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
| Sekoci belayar di Lautan Hindi, Singgah sebentar mengangkat taut; Jangan dibiar kedapatan budi, Takut kecundang kasih berpaut. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Orang belayar di atas layar, Orang berjudi di atas rimbat; Hutang rial boleh dibayar, Hutang budi bertambah rimbat. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Kapal belayar sarat muatan, Nelayan di laut sedang memukat; Biar jauh seberang lautan, Kerana budi terasa dekat. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Bawa belayar pisang emas, Masak sebiji di atas peti; Boleh dibayar hutanglah emas, Hutang budi dibawa mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Orang belayar ke Majapahit, Anak katak tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Mana tercampak tidak terbuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |