Asam belimbing di dalam belanga, Dibubuh garam buat jeruk; Berputik dahulu baru berbunga, Buahnya jarang dimakan budak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tetak belimbing condong ke dapur, Tetak tunjang dari dahan; Minta sirih dengannya kapur, Minta sekali dengan tuan-tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Putik belimbing digetu-getu, Petang-petang ulam pegaga; Petik dinding buka pintu, Petang karang abang yang ada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putik belimbing diketu-ketu, Dari Kedah ke Taman Liang; Petik dinding terbuka pintu, Pintu terdedah besar tiang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putik belimbing digetu-getu, Dari Kedah ke Tanah Liang; Jentik dinding bukalah pintu, Pintu terdedah sampai siang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putik belimbing bercedu-cedu, Bunga kunda berangkai-rangkai; Jentik dinding terbuka pintu, Nak tidur dua sebantal. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Pucuk dedap belimbing besi, Pohon pauh di tepi kolam; Duduk dekat rasanya benci, Duduk jauh rasalah sayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila makan buah belimbing, Dibuat sambal rasanya sedap; Apabila iman mendarah daging, Kuat beramal sempurna adab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila menimbang kacang belimbing, Sudah cukup dibawa pergi; Bila kukenang abang berpaling, Daripada hidup rela kumati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |