Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belum

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(116)
Peribahasa

Cekur jerangau belum habis lagi.

Bermaksud :

Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun).

 

Lihat selanjutnya...(106)

291

Nothing venture, nothing win

Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya.

Belum cuba belum tahu

At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing win .

Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(32)

Pantun

PantunSumberTema
Urat kacang bertali-tali, Belum diraba belumkan layu; Kuat orang jangan peduli, Belum dicuba belum kan tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Urat kacang bertali-tali, Belum diraba belum kan layu; Kuat orang jangan peduli, Marah itu ada tempatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Meranti kayulah meranti, Mari dirintis beri bertali; Belum dapat belum berhenti, Di dalam hati berani mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mengkudu masak di hutan, Dipatuk punai gumbali; Belum duduk belum suratan, Mana bertemu sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak-budak menampung amin, Anak murid menghadap guru; Harimau jangan main, Belum kena belum tahu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pais ikan daun mengkudu, Tudung dengan terindak salji; Manisnya kata umpama madu, Belum tahu belum diuji.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Nyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ulak- ulak perahu Kuraman, Pulau Burung tempat berhenti; Apa penjolok bunga di taman, Belum dapat belum berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah nyiur di pucuk mahligai, Anyam ketupat tidak berinti; Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Paya Balais di tanah lumpur, Tempat orang bertanam padi; Rasa di hati luluh hancur, Belum berjumpa belum berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas