| Air dalam bertambah dalam, Hujan dahulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Luka dahulu belumlah sembuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Air dalam bertambah dalam, Hujan di hulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Dendam dahulu belumlah sembuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Airlah dalam bertambah dalam, Hujan di hulu belumlah teduh; Hatilah karam bertambah karam, Karam merindu orang yang jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Angin ribut bertambah ribut, Banyaklah kapal patah kemudi; Ingin diikut belumlah patut, Hendak ditinggal tak sampai hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Sayang belati belum bergagang, Diberi sarung tiada guna; Orang kunanti belumlah datang, Seisi kampung bertanya-tanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Anak muda belum berakal, Siang ke sana malam ke mari; Hendak kusapa belumlah kenai, Kutimang saja di dalam mimpi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Tetakku bemban di muka pintu, Dibakar dengan bunga selasih; Janganlah jangan cakap begitu, Belumlah kita bercerai kasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Odak-odak Pulau Kuraman, Tempat burung singgah berhenti; Hendak dijolok bunga di taman, Belumlah dapat belum berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Berderai putus kelindan benang, Campak diberi jari sangkut; Bercerai hati tak senang, Hendak sepergian belumlah patut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Negeri Acheh negeri aman, Anak tekukur terbang deras; Bunga setangkai di dalam taman, Belum gugur belumlah puas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |