Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da] | بندا

Definisi : 1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benda

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kain pendinding miang,
     wang pendinding malu.

Bermaksud :

Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pantun

PantunSumberTema
Apa benda dalam pasu, Rebus ketupat jadi batu; Kalau berniaga kongsi bisu, Jangan untung rugi tak Berniaga/untungKurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Apa benda bunyi riuh, Rupanya ada orang berperang; Dia baru mencapai pengayuh, Kita sudah sampai ke seberang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Apa benda tepi pagar, Ular hitam nampak melingkar; Garang-garang rimau akar, Lebih-lebih pun baru dia cakar.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Apa benda bunyi terdesar, Anak monyet berkejar-kejar; Bukankah kucing guru yang besar, Harimau di hutan semua diajar?Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Apa benda di tepi hutan, Entah hantu entah syaitan; Tak biasa ribut serta taufan, Jangan berani belayar lautan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Apa benda beribu-ribu, Telur penyu banyak di laman; Minta embun turun selalu, Biar kembang bunga di taman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan diangkat benda yang berat, Terkikir pinggang sakit belikat; Patah pancang tinggal sekerat, Tinggal tunggul sangka pukat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hujung Batu jauh di kota, Ke Bohor Temak membeli kopi; Benda tak tentu jangan dikata, Benda tak gamak selalu jadi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau mata sudah jernih, Tentu nyawa benda dilihat; Kalau cinta sudah berbenih, Beribu daya akan kubuat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tahan punai kena merbuk, Merbuk bersarang di kayu jati; Dah tahu benda tu mabuk, Sahaja nak cari mati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas