Serindit bulunya bengkok, Bengkok sampai ke jari kaki; Minta sirih diunjuk rokok, Kalau rokok mana api? | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Rosak tiang kerana bengkok, Tiang bengkok cepatlah rebah; Rosak orang kerana kemaruk, Orang kemaruk niatnya salah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bengkang-bengkok jalan ke Bangi, Di atas pokok dipetik bunga; Jumpa sekuntum bunga yang wangi, Rasa nak turut sampai ke kereta. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukannya batang hendak bengkok, Yang ditakik terburu-buru; Bukannya abang hendak bengkok, Adik sendiri yang cemburu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jalan Merpati bengkang bengkok, Cantik rumah tukang pandai; Jangan seperti pinggan mangkuk, Terantuk sedikit pecah berkecai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Mengapa kakinya menjadi bengkok, Terpijak jarum bengkak jadinya; Mengapa bininya menjadi mabuk, Tak tahan mencium ketiak lakinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Gajah tua gadingnya bengkok, Masuk ke dusun mati ditembak; Sungguh baja gemukkan pokok, Kalau tak air kurus jugak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tumbuh betung di tepi rakit, Walaupun bengkok dicari orang; Sungguh untung laki berduit, Walaulah bongkok bininya sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana pondok takkan condong, Bila tiangnya semuanya bengkok; Bagaimana duduk takkan bingung, Bila hutangnya sudah bertompok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang lurus biarlah lurus, Supaya tidak menjadi bengkok; Orang kurus biarlah kurus, Supaya tidak iri orang gemuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |